Explorasi Kelantan Serambi Mekah - Part 2 (Kelantan Sightseeing Tour)

 ... Bersambung dari --->Sini

Hari Kedua.
Seawal jam 7 pagi kami turun ke Suasa Restaurant untuk sarapan.. Pihak Jewels Hotel menyediakan pakej bermalam termasuk sarapan. Hari ini kami akan dibawa menikmati keindahan dan keunikkan Kelantan. 

Kami bertuah kerana terdapat pakej yang menarik hasil kerjasama pelbagai pihak, antara pihak yang bertindak secara langsung adalah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan,, Tourism Malaysia Wilayah Timur/ Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu serta Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours. Apa yang memudahkan lagi urusan tour kami pada hari ini adalah, lokasi pick up tour adalah di Jewels Hotel. So lepas jer sarapan boleh terus naik bas mengikuti lawatan-lawatan sekitar tempat menarik  dan terpilih di Kelantan.

Pakej Sightseeing Tour.
Pihak Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours telah menyediakan beberapa pilihan pakej untuk dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan pelancong. 

Pakej Sightseeing Tour ini adalah bertujuan memupuk pelancongan domestik untuk melancong melalui pakej dan pemandu pelancong. Melalui pakej ini pelancongan akan lebih berkesan berikutan setiap lokasi yang dilawati akan mempunyai nilai penceritaan yang sangat menarik yang tidak akan di perolehi jika melancong tanpa pemandu pelancong. 

Selain daripada itu, ia turut akan membantu pemandu pelancong untuk meraih pendapatan harian dengan bertugas secara giliran.

Pakej Sightseeing yang ditawarkan mempunya 3 laluan berbeza, jadi pelancong boleh memilih lokasi-lokasi pilihan ataupaun kesemua lokasi mengikut kesesuaian. 

1. Kelantan Panoramic Tour
Antara lokasi laluan bagi pakej Kelantan Panoramic Tour.


2. Kelantan Sightseeing Tour
Explorasi bagi Kelantan Sightseeing Tour


3. Kelantan Saturday Fun
Kelantan Saturday Fun - Lokasi yang terlibat.



Promosi 
Harga Asal :
Dewasa – RM 80.00 & kanak-kanak – RM 40.00 (4 – 11 tahun) 

Untuk tempoh 10 September hingga 31 Disember 2020 -
Harga Promosi Dewasa RM 40.00 & Kanak-kanak RM 20.00 (4 – 11 tahun) 

Program ini merupakan usaha bersama rakan-rakan strategik :
  • Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan – Pengerak utama 
  • Tourism Malaysia Wilayah Timur/ Kota Bharu – Promosi 
  • Majlis Perbandaran Kota Bharu – Kawalan dan kebersihan kawasan lokasi Pelancongan 
  • Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours – Ground handler

Pakej yang sempat kami sertai.
Disebabkan kedatangan kami adalah pada hari Khamis dan jumaat, jadi kami hanya berpeluang menyertai dua pakej yang ditawarkan iaitu Kelantan Panoramic Tour dan Kelantan Sightseeing Tour. Bagi Saturday Fun hanya ditawarkan pada hari Sabtu. Jadi haruslah kami akan datang sekali lagi bagi merasai sendiri pakej yang belum sempat kami lakukan ini. 

Selebihnya biarkan gambar-gambar dibawah yang berbicara menerangkan keseronokkan kami sepanjang menyertai pakej yang ditawarkan ini.






Lawatan ke Galeri Wau Pak Sapie. Mendalami proses pembuatan dan mengenali beberapa jenis wau di Kelantan.

Waris kepada Pak Sapie yang meneruskan perjuangan membuat wau bagi mengekalkan tradisi kebanggaan negeri Kelantan

Bersama wau kebanggan beliau.

Kilang pembuatan keropok ikan.. Di Kilang Keropok Cap Kapal yang merupakan salah satu kilang yang terkenal di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Kami berpeluang merasai sendiri keropok yang dibuat disini. Fresh baq hang!




Merasai pengalaman melukis batik tangan.

Indahhh bukan? eh!

Aku berpeluang merasai pengalaman mencetak batik

Dan cetak, kita warnakan pula batik ini yer...

Dah cetak dan mewarna... Aku sempat sambar pula hasil batik tangan Kelantan.. Harganya amat berpatutan

Singgah pula melihat sendiri proses pembuatan laksa dan laksam.




Hari Ketiga 
Banyak pengalaman indah dan manis sepanjang berkampung di Kelantan selama tiga hari dua malam. Rasa berat pula kaki ni nak langkah kembali ke Kuala Lumpur. Rasa belum cukup puas di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Banyak lagi juga khazah yang belum sempat diterokai. 

Pasar Siti Khadijah.
Sebelum kami berangkat pulang ke Kuala Lumpur, tak lengkap rasanya kami singgah ke Pasar Siti Khadijah. Jarak nya yang dekat dengan hotel membolehkan kami cuma perlu berjalan selama 5 minit. 

Inilah syurga pelbagai makanan jika di Kelantan. Misi aku mencari juadah2 yang sinonim jika datang ke Kelantan. Hasilnya aku sempat mencuba nasi kerabu, etok-etok, kuih taik itik, dan macam-macam lagi. Oleh kerana masa yang terhad, kami tidak sempat explore keseluruhan pasar Siti Khadijah.




Baloh Jembal.
Sebelum kami ke airport Kota Bharu, kami sempat singgah di Restoran Baloh Jembal. Sejujurnya, sepanjang tiga hari di Kelantan, inilah makanan yang paling aku suka.. Walaupun menunya agak simple, namun rasanya amat menepati citarasa aku. Masakkan ala kampung yang simple tapi menyengat.


Nampak kan menu atas meja tu? Superb!!




Selamat Tinggal Kelantan.
Selesai sudah explorasi tiga hari di Kelantan hasil kerjasama Jasa Jasa Teratai Holiday dan Asia Travel & Tours kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, Tourism Malaysia Wilayah Timur/ Kota Bharudan Majlis Perbandaran Kota Bharu. Terima kasih semua... Juga buat Firefly yang memungkinkan explorasi kami kali ini.

Apa yang mampu aku simpulkan dan membuatkan aku jatuh cinta dengan Kelantan adalah:
  • Warganya yang amat manis dan bersopan
  • Kebudayaan yang dikekalkan 
  • Kesenian yang di perjuangkan
  • Keunikkan khazanah yang masih banyak perlu diterokai
  • Kepelbagaian juadah makanan yang menepati citarasa
  • Pelbagai tempat menarik untuk diabadikan kenangan.
Jujurnya aku akan kembali kesini dalam masa tedekat... Insyallah.. Ameeennn. Selamat tinggal Negeri Serambi Mekah, moga bertemu lagi.

Berminat untuk sertai pakej menarik ini? boleh dapatkan maklumat lanjut di:





AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

2 Comments

  1. Rindu Kelantan...kaya dengan makanan yang sedap..
    Lawaa laa baju batik ko tu..hujung minggu ni pakailaaa..
    Suka pergi travel dengan mereka yang pandai amik gambar..meriah kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe alaaaa.. mana ko tau aku nak pakai baju ni nanti? bencilaaa.. ahhahahahahha.. tema pink kan hujung minggu ni?

      Delete
Previous Post Next Post