TERRAPURI - Permata Tersembunyi Terengganu

Impian menjadi kenyataan, hanya itu yang mampu aku luahkan apabila kaki melangkah masuk ke perkarangan Terrapuri yang terletak di Kg Mangkuk, Penarik, Terengganu. Susana tenang dan disambut dengan angin pantai ini seakan-akan mengimbau segala kenangan diKampung.. Suasana yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Tanggal 10 November 2021, buat pertama kali aku menjejakkan kaki di sini. Kawasan yang dipenuhi dengan rumah klasik berusia lebih 100 tahun ini mempunyai tarikan yang tersendiri.

Kawasan yang dibangunkan secara penuh sentuhan tradisi lama ini sangat aku kagumi, dan lebih mengagumkan adalah ia diusahakan oleh seorang insan berbangsa cina peranakan yang terlalu cintakan kesenian dan kebudayaan iaitu Mr Alex. Insan yang kaya dengan ilmu kebudayaannya.

Rasa macam kembali ke zaman silam.

Sekilas Pandang.

Terrapuri dibina berkonsepkan senibina dan susunatur dari Istana Terengganu pada abad ke 17. Ia terdiri dari 29 buah rumah klasik antik yg mempunyai ciri-ciri kesenian dan kebudayaan dimana perincian asli yang terdapat pada rumah-rumah tersebut dikekalkan.

Salah satu keunikkan Terrapuri adalah kerana lokasinya yang diapit oleh Laut China Selatan dan juga sungai bakau. Ini menjadikan suasana tenang dan juga tenteram yang kaya dengan habitat flora dan fauna ini mampu membuatkan sesiapa saja akan melupakan sebentar segala keserabutan fikiran .

Permadangan dari atas Terrapuri

Villa Warisan.

Rumah-rumah klasik yang dibangunkan menjadi villa berusia ratusan tahun menangkap pandangan sesiapa saja yang memasuki kawasan Terrapuri. Rumah yang diubahsuai mengikut citarasa terkini namun mengekalkan senibina dan sentuhan asli ini kini amat selesa untuk didiami sesiapa sahaja dimana ia dilengkapi dengan sistem penghawa dingin dan juga kipas siling. 

Villa-villa ini juga dilengkapi dengan mandian sejuk dan panas, kelambu, tab mandi kayu, pengering rambut, meja tulis, beranda, peti sejuk, dan pelbagai lagi kemudahan disediakan.

Terdapat beberapa rumah/villa yang tersedia untuk didiami antaranya adalah:

1- Rumah Kedai Buluh.

2- Rumah Paloh.

3- Rumah Belukar Titian.

4- Rumah Tasek

5- Rumah Dusun

6- Rumah Binjai Rendah


7- Rumah Tembakang

8- Rumah Gelugor Raja

9- Rumah Sebarang Takir


10- Rumah Jeram

11- Rumah Kubang Jela

12- Rumah Nibong


13- Rumah Pulau Musang


14- Rumah Pengkalan Kubu

15- Rumah Sungai Mas.

Setiap rumah ini menyimpan sejarah yang tersendiri dan ini menambahkan lagi nilai keunikan rumah-rumah tersebut. 

Untuk kali pertama disini, aku menginap di rumah Pulau Musang..Bagi aku rumah ini terlalu unik kerana digelar juga Rumah Ulamak. Untuk entry seterusnya aku akan share tentang rumah ini sahaja k. 

Menu Santapan - Laman Sesayap.

Sepanjang 3 hari disini, kami dihidangkan dengan juadah yang sangat enak. Juadah ini disediakan oleh pihak Terrapuri sendiri. Ia disajikan di Laman Sesayap yang berpanoramakan suasana indah dan menakjubkan mengadap Laut China Selatan dan juga Setiu Wetland. Juadah ini disajikan khas buat tetamu yang bermalam di Villa Terrapuri.

Laman Sesayap berada dibahagian tengah kawasan Terrapuri







Dua malam di sini, kami disajikan dengan menu yang sangattt sangattt sangattttt enak!!! Dua menu istimewa yang disajikan adalah Santapan Langkasuka dan juga Selera Jelira Setiu. 

Perkhidmatan Lain Terrapuri.

1- Kolam Renang

Kolam renang yang menjadi tumpuan sesiapa yang sukakan sessi photography.

2- Bilik Mesyuarat


Pakej Bilik Mesyuarat, atau boleh juga berhubungan terus dengan pihak Terrapuri di sales@pinganchorage.com.my atau di talian tel: 09-626 2020

3- Bilik Bacaan

Bahan bacaan yang tersedia disini amat menarik untuk di selami.

4- Kedai Serenggas

Di kedai ini kita boleh membeli kraftangan, buku, cenderamata dan lain-lain

5- Spa Tradisional

Tempat memanjakan diri.

6- Galeri Teluk Pasu.


7- Ruang Majlis dan Perkahwinan

Disini juga menyediakan lokasi majlis seperti majlis perkahwinan di perkarangan Terrapuri.


Pengalaman menarik sepanjang disini tidak hanya lengkap dengan kemudahan dan villa-villa yang menarik, namun ia juga tidak sah kalo dengan aktiviti yang boleh dilakukan disekitar kawasan Terrapuri. Insyaallah,  untuk next entri aku akan share apa yang boleh dilakukan disekitar.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Terrapuri, bolehlah hubungi:
Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.

77A, Jalan Sultan Sulaiman, 
20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Tel : (609) 626 2020
Fax : (609) 626 2022 / 622 8093

Kita kasi teaser sikit untuk next entry. (aktiviti yang boleh dilakukan disekitar Terrapuri)


 

AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post