Explorasi Kelantan Serambi Mekah - Part 1

Kicau merbah dipohon ceri, 
Pipit singgah diranting ara, 
Serambi Mekah gelaran diberi, 
Kelantan Darul Naim kami teroka. 

 Pelancongan Dan Covid. 
Sektor perlancongan di Malaysia kembali segar selepas pandemik covid. Walaupun semasa pkp terdahulu, sektor inilah yang paling teruk terjejas kerana semua rakyat tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti berbentuk perlancongan. 

Namun selepas pkp diperhalusi dan aktiviti perlancongan dibenarkan (dalam keadaan sop yg dipantau) ramai yang merindukan aktiviti ini mula merancang lokasi-lokasi untuk diterokasi. 

Aku Dan Firefly. 
Tanggal 9 September 2020, aku dan beberapa rakan berpeluang untuk merasai keunikkan salah satu negeri Pantai Timur iaitu Kelantan Darul Naim. 

Menggunakan pesawat Firefly yang mempunyai penerbangan terus dari KL ke Kota Bhru telah memudahkan lagi perjalanan kami pada kali ini. Penerbangan ini hanya mengambil masa lebih kurang satu jam. Jujurnya inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke Kota Bharu. Jadi mestilah banyak perkara manis yang ingin aku kutip sepanjang percutian kali ini. Lagilah berdasarkan kajian perlancongan domestik yang dijalankan Tourism Malaysia, lebih 100 peratus kenaikkan pelancong diterima sejak semapadan negeri dibuka berikutan PKPP dan Kelantan merupakan salah satu negeri yang menerima peningkatan yang paling tinggi selepas Terengganu iaitu sebanyak 135% peningkatan. 

Dah lama tak terbang dengan Firefly. Thanks Firefly kerana kali ini sudi terbangkan aku dan kawan-kawan ke Negeri Kelantan Darul Naim.

Penerbangan Firefly Ke Kota Bharu
Firefly menyediakan 3 destination ke Kota Bharu dari Subang, Pulau Pinang dan johor, juga inclusive 20kg baggage allowance, follow safety & health SOP, fast check-in & boarding. 

Flight Frequency to Kota Bharu:
Subang to Kota Bharu – 41 flights per week 
Penang to Kota Bharu – 7 flights per week 
Johor to Kota Bharu – 3 flights per week

Selamat Datang Ke Serambi Mekah. 
Satu jam lima minit diatas pesawat Firelfly, akhirnya kami tiba di Bumi Serambi Mekah Malaysia. Perasaan teruja apabila kaki menjejak di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Dalam fikiran dah mula terbayang pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan, makanan yang ingin dicuba dan macam-macam lagi. Almaklumlah Kelantan ini kaya dengan pelbagai warna warni tarikkan, bukan hanya dari lokasi perlancongan, malah makanan dan juga warganya yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong dari luar negeri Kelantan. 

Aku dan Jasa Teratai Holidays
Ketibaan kami disambut mesra oleh wakil Jasa Teratai Holidays. sepanjang 3 hari disini kami akan bersama-sama Jasa Teratai holidays yang merupakan pakar dalam selok belok perlancongan di Kelantan. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dibawah kelolaan mereka. 

Dinner di Grand River View 
Lokasi pertama yang kami singgah setibanya di kelantan adalah Grand  River View bagi tujuan makan malam. Disini kami telah disambut pula oleh orang kuat Jasa Teratai Holidays. Sambil makan kami banyak berbincang mengenai perlancongan di Kelantan. Bertuah dapat kenal dengan orang-orang hebat disebalik eco perlancongan di Kelantan.

Makan malam kami di adalah Chao Yuan Restaurant.  set makan malam yang disajikan amatlah menyelerakan. Sampai penat semua hilang.

Alhamdulillah sedap menepati citarasa


Penginapan Di Jewels Hotel. 
Selesai makan malam, kami dibawa ke hotel tempat penginapan yang bakal kami tinggal sepanjang 3 hari 2 malam. Jewels Hotel. 

Jewel Hotel.

Jewels Hotel yang dulunya dikenali sebagai Habib Hotel telah mula bertapak dan beroperasi sejak tahun 2010 merupakan satu-satunya hotel dibawah jenama Habib Jewel 

Mata automatik mengantuk bila nampak katel yang empok ini.

Ape-ape pun kita mandi dulu!


Keistimewaan Jewels Hotel. 
1- 3 jenis bilik iaitu Superior, Deluxe dan Suite (Lebih 40 bilik disediakan)

Bilik Superior

Bilik Deluxe

Bilik Suite

2- Berdekatan dengan pelbagai lokasi menarik (Food Truck, Pasar Siti Khadijah, dll)

Suasana Food Truck yang memeriahkan suasana malam.. Siap ada busker yer!

Jarak 5 minit berjalan kaki sudah sampai ke Pasar Siti Khadijah.

Street Art

3- Mengekalkan design yang unik dan menarik.
Paling unik adalah lift di hotel ini, pintu dia manual yer kawan-kawan.. Means pintu liftnya tidak terbuka secara automatik, kita sendiri perlu bukak dan masuk.

4. Menyediakan pelbagai kemudahan (Gym, Conference Room, Free Wifi )
Conference Room

Suasa Restaurant 

Tempahan Jewels Hotel boleh dilalukan di ---> SINI

Selesai journey hari pertama.. Badan dah penat, mata dah mengantuk, jadi badan perlukan rehat secukupnya kerana keesokkan harinya kami akan dibawa meneroka pelbagai tempat menarik oleh kerjasama pihak Tourism Malaysia Wilayah Timur/Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu, syarikat penerbangan Firefly, Jasa Teratai Holidays dan Asia Travel & Tours telah bergandingan melancarkan pakej yang dinamakan Kelantan Sightseeing Tour.


Bersambung di --->PART 2




AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post