Harta pusaka RM42 bilion dibeku...Ibu seorang Blogger juga terlibat...RM13 juta masih belum dituntut.

Tertarik dengan salah satu berita yang termuat didalam Berita harian pagi ini... Mengenai harta yang masih dibekukan... Ini juga kerana pernah kenal dan baru-baru ini sempat berborak dengan seorang blogger yang jua terlibat dalam kes ini...

Dalam kes yang sahabat blogger ini, harta milik moyangnya bernilai sebanyak RM13 juta di tanah suci Mekah...SEpatutnya harta tersebut sudah selamat diuruskan pada january tahun ini..namun diatas beberapa kesulitan, sehingga sekarang harta tersebut masih belum sampai ketangan...

Apa pun, Ady doakan semoga urusan tersebut berjalan dengan lancar.. Insyaallah...sama2 kita doakan..
Siapa Blogger itu?? dia salah seorg ahli Kami Blogger Utagha :)

Untuk ikuti berita ini..sila belek2 kat bawah :)


PETALING JAYA: Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana ketiadaan wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion. 

Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd (ARB), Ahmad Saruji, berkata anggaran itu meliputi kira-kira sejuta kes di negara ini.

"Kajian ARB pula mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat, yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, bagi membudayakan penulisan wasiat pada kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn Bhd melancarkan kempen "Tahun Menulis Wasiat 2011". 

"Kami tidak mahu masalah ini bertambah lagi. Kempen ini akan diadakan sepanjang tahun ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej kepentingan menulis wasiat sekali gus mengelakkan masalah lain yang timbul terutamanya keretakan institusi kekeluargaan," katanya. 

Sempena kempen tersebut, orang ramai boleh memiliki dokumen wasiat bagi menguruskan pengurusan harta pusaka bernilai ribuan ringgit dengan hanya membabitkan kos permulaan serendah RM30 sebulan serta bayaran bulanan yang fleksibel. 

Kempen itu yang bermula dari Januari hingga Disember tahun ini adalah untuk memudahkan masyarakat membuat wasiat sekali gus mengelakkan pembekuan harta dan perbalahan keluarga. - BERNAMA 

AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

1 Comments

  1. Lupa pulak nak promotekan contest 5-5-5 Deqdeq yang ade kaitan dengan penulisan wasiat..cara2 nak melindungi harta dan sebagainya...boleh rujuk link kat bawah.

    Contest 5-5-5 oleh DeQdEq

    ReplyDelete
Previous Post Next Post