izinkan tapak kasut aku berbicara

Sebelum pegi keje tadi, terjumpa satu surat warna hijau dalam beg aku...ingatkan sape yang kasi...belek punya belek.....rupanya dari ...baca sendiri la...

*kenangan kita bersama..masa tu ko terlalu kurus

Izinkan aku berbicara,
Aku....
Sudah lama berbakti,
melangkah mengelilingi bumi...
Setiap masa aku berkhidmat,
kemana saja ko ingin pergi...
aku pasti akan bawa....

Apa??
aku tak berguna??
ko jalan tengok...
tanpa tapak kasut ini...
Panas???
sejuk???
lantak la....

Apa??
Kamu hanya nak berstokin??
try ko cuba test!!!
Ada berani???
tau pun takotttt.....

Hari ini,
aku cuma meminta jasa baik ko..
agar menghargai jasaku...
aku tak mintak ko letakkan aku kat atas kepala
seperti topi yang ko sangjung itu....
cuma ....
Kau gunakanlah aku sebaiknya....


Psstttt..
kalau ada nampak sesuatu yang tak elok tu,
jangan la ko pakai redah jer,
aku pun tak tahan tau baunya...
cuba ko letak bau itu dihidung ko..
errrr tau pun!!!


Sebelum aku tamatkan bebelan,
aku cuma ingin katakan..
sebenarnya aku bangga memiliki,
ko sebagai bosku,
kerana ko telah banyak membawaku
menjelajah serata pelusuk....

i love u Ady budika




Terharu lak...sobs sobs sobs....
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

5 Comments

  1. oh! pasal tapak kasut pun cenggini punya kreatif! tabik!!!

    ReplyDelete
  2. steady la boss.. hihihi.. idea mencurah2 keladang gandum.. hihihi. .;) style la.

    ReplyDelete
  3. adooii~ jikalau kasut bole berkata-kata.....

    ReplyDelete
Previous Post Next Post