Trip Kota Kinabalu - Kenapa Aku Ditaja Kesana?

30 June 2012, Aku telah di hantar oleh pihak MAS dan juga Mas travel bagi menikmati keindahan Kota Kinabalu, Sabah... Pihak MAS telah sponser tiket pegi dan balik berserta penginapan di hotel 5 Bintang.. Ade beberapa peristiwa yang terjadi disana untuk aku kongsi.. Tapi aku akan ceritakan secara sikit2.. sebab musim malas menaip melanda....

Penerbangan pegi adalah pada jam 9pagi.. Sepanjang penerbangan, aku mati akal nak buat ape.. sebelum-sebelum ini pun aku tak pernah ambik flite yang masanya agak panjang..walaupun cuma dua jam... aku rasa itu sudah cukup lama :p Kali ini aku gi dengan seorang rakan sepejabat aku...Bert.. Kita tengok apa aktiviti yang dibuat sepanjang dalam perjalanan ok :p

Diatas kapal terbang, aku makan roti canai ini (nak nasik lemak.. tapi dah habis la plak)

Bert baca paper dengan gembira....

Bert baca lak majalah...

Bert dah bosan membaca, so biar suratkhabar membaca Bert lak.

Mulanya aku tidak tahu yang flite aku ni ada Transit kat Labuan.. Tiba2 sampai Labuan.. aku nak turun.. Tapi dihalang okey!!! die cakap aku takleh turun kat labuan.. nanti peminat2 labuan akan jadi luar kawal... Jadi aku pun tunggu la dalam flite itu... Tunggu sehingga penerbangan bersambung...

Dalam tak sampai 10 minit, penerbangan ke Kota Kinabalu pun diteruskan... Aku menunggu kalau2 ada diorg nak hantar lunch dalam penerbangan yang diteruskan ini... Tunggu punya tunggu... EH!!! dah sampai rupanya.. Kejap sangat!!! Tak sampai setengah jam pun dari Labuan ke Kota Kinabalu.

Tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu.

Tiba disana, kami telah di tunggu oleh wakil dari pihak MAS yang bertanggjawab menghantar kami ke Hotel... Sepanjang 3 hari disana kami akan menginap di Hyatt Regency Hotel. Katanya 5 bintang, tapi... Nantikan luahan perasaan aku pasal hotel 5 bintang ini dalam entri yang akan menyusul.

Dalam 30 minit dari airport, kami akhirnya sampai di lobi hotel. Pandangan pertama aku pasal hotel ini "Biasa-biasa saja" .. Sebab setiap kali aku kemana2 hotel, aku pasti akan bandingkan dengan Bayview Hotel, Batu Feringgi... Hotel 4 bintang tapi service yang first class!!!

Lepas check ini, aku terus masuk bilik yang diberikan. Ok, aku diberikan "Bilik City View". Aku melagkah masuk dalam hotel, dan inilah gambar yang sempat aku ambik untuk mencveritakan suasana bilik.

Agak simple, tapi ada jugak keunikan bilik ini.

So masa untuk rehat seketika, sebelum memulakan aktiviti yang bakal dilakukan... Hari ni cadang nak pegi Mari-mari Village n berjumpa seorang rakan blogger.. Siapa? Nantikan episod seterusnya.. heheheheh.. Dah macam telenovela lak!

Owh.. lom gitau lak nape aku dipilih untuk ke Kota Kinabalu... Sebenarnya aku ada masuk satu peraduan anjuran MAS di facebook... Dan Alhamdulillah. berkat pertolongan rakan-rakan, aku akhirnya terpilih untuk memenangi Most Like Picture. Gambar yang aku pertaruhkan amatlah simple... Gambar hasil tangkapan adik aku yang masih bersekolah rendah. Entri mintak tolong vote ade kat entri ---> Ini

Gambar yang membawaku ke Kota Kinabalu

Bersambung di ---> SINI
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

5 Comments

  1. wah best p sana....panjat gunung kinabalu tak?

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Ady...

    Akak suka naik flight.. tengok awan berkepul2 sambil makan.. hehehe

    Urmmm... kadang2 hotel 5 bintang ni pun poyo jugak.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Hah yg ni lah yang sy like to yer... Hehehe

    ReplyDelete
  4. hahaha. ni namanya mengenakan member. popular jap member tu..abes gmbo dia time tdo pn kena snap, heeee

    ReplyDelete
Previous Post Next Post