Misi Menawan Makanan Sedap Dan Tempat Menarik Di Melaka

Seperti biasa, perancangan di akhir minit. Opismate aku ajak gi cari makan kat melake.. Terus mulakan operasi ajak kawan2 terdekat untuk turut serta.. Akhirnya 5 orang bersudi menyertai rancangan ini termasuk aku.. Kali ni aku pusing-pusing bersama Helmi, Chansey, Izz, Epul.

Seawal jam 7 pagi kami bertolak dari Kuala Lumpur.Aku, Epul, Chansey gerak ke Cheras untuk ambik Helmi dan juga Izz di Pandan Indah. Belum breakfast, Jadi kami abik keputusan untuk sarapan di Hentian RNR Seremban.

Berehat dan bersarapan di RNR Seremban (kawan2 aku yg sudi ikot aku kali ni)

Selepas sarapan kami terus meluncur laju menuju ke Bandaraya Bersejarah, Lokasi pertama kami adalah ZOO... Saya tegaskan sekali lagi, ZOO Melake. Aku dah banyak kali masuk kat Zoo Melake ni.. Tapi mungkin rakan2 aku yang lain tak pernah masuk, so aku ikotkan aje. Pengalaman baru bagi diorg kot no..

Bayaran Masuk adalah RM10 bagi dewasa dan juga RM4 bagi kanak2. So lebih kurang sejam lebih  jugak la merayau dalam zoo melihat pelbagai jenis binatang kat sini.. ada yang pernah aku tengok dan ade yang belum.

Gambar pertama memula sampai Zoo Melake

Ade Ponny

Ade Ziraffah 

Orang hutan ade jugak

UFO pun ade!!

Gajahhhhhh gajahhhhh

Dalam sangkar burung neh

Teddy Bear

Ular ni aku tak geli pun okey

Pusing-pusing kat dalam sampai la perot lapar... sangat lapar.. So misi seterusnya mencari ASAM PEDAS. Tapi aku tak sempat snap pic la plak asam pedas yang kitorg makan tu.. Sebab terlalu lapar sampai nak snap gambar pun leh terlupa.. Lokasi tepat pun aku tak pasti namanya, yang pasti tak jauh dari Jongker Street.

Di Jongker Street

Jongker Street

Alang-alang makan area2 Jongker Street, kami kami ambik keputusan pusing2 sekitar situ. Lokasi pertama adalah Menara Tamingsari. Ok, sepanjang lebih 9 tahun aku berulang alik ke Melake, aku tak pernah pun naik menara ni. Kali ni kami ambik keputusan dengan menawan menara Tamingsari ni. Dengan hanya bayaran RM10 kami pun naik dan menikmati panorama Bandar Melaka dari ketinggian lebih 800m.

Tiket masuk!!!

Diatas Menara Tamingsari

Permandangan dari atas puncak Menara Tamingsari

Yeay kami dah tawan Menara Tamingsari

Selepas tu berjalan lagi menuju Jongker Street, kami singgah pula di Kapal ini.. Kapal ni pun aku dah masuk banyak kali.. hehehehehhe

Dah selalu datang sini

Seterusnya kami pegi pula jalan-jalan sekitar Jongker street.. Banyak barang menarik disini, tapi satu barang pun aku tak beli.. heheheehhe.. kat sini juga kami makan laksa n cendul yang paling terkenal di jalan ini..

Gambar kenangan

Cendul durian yang amat sedap.. Terlupe lak nama kedai die..

Chansey makan sorang2.. langsung taknak kasi kawan2.. die memang selalu tamak macam ni.. kesian kawan2 chansey T.T

Penat berjalan kami pun cari tempat untuk melepaskan penat. Ke Klebang.. Kat sini kami cari Coconut Shake yang menjadi sebutan seluruh Malaysia.. Hehehhehe.. sampai dah jam 6.30 disini.. Time sampai tu jalan amat jammed disebabkan oleh kedai coconut shake ini.. Orang berbaris amatlah panjang. Kami pula malang sedikit sbab tak dapat beli sebab masa untuk memesan sudah tamat. So sedih.....

Ramainya la orang baris.. so aku pinjam bekas air salah sorg pelanggan jer untuk ambik gambar.. hehehe

So balik la kerumah di Tanjung Kling. Cadang nak gi cari Sate Pantai Puteri lak, tapi Kedai Sate tu tutup lak kalo ahad, sebab bagi peluang kepada peniaga pasar malam di situ untuk berniaga ditapak kedainya.. huhuhuh...Rehat sekejap sebelum berangkat balik ke KL dengan hati yang kurang senang... Sebab tak dapat makan Coconut Shake n Sate Pantai Puteri.

Penat tapi gembira

*Sebenarnya tak banyak tempat n tak banyak makanan yang kami tawan untuk hari ni... tapi aku akan sentiasa turun naik melake jadi peluang aku masih ada di masa akan datang.. heehehehhe
AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

10 Comments

  1. syoknye abg ady..!! :)
    Klebang Coconut Shake paling terbaik..hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm efa...kite g ramei ramei...

      Delete
  2. fuhh...best tuh!! dah lama x mai melaka... ehehehe

    ReplyDelete
  3. seronok baca entri kali ni..banyak betul cerita dalam satu entri..tapi typo pun ada jugak... :p

    ReplyDelete
  4. yang lain tu sy jeles tengok n sy tringin nak try semua yg ady buat tu..kecuali part pegang ularr tu...seram kot..:p

    ReplyDelete
  5. u shud try coconut shake batu berendam. for me batu berendam pnya coconut shake lg sedap. sampai Melaka tak habaq cheq na. cheq dok mlka ni.

    ReplyDelete
  6. coconut shake kat klebang mmg sgt osem !
    eh eh ? dok tanjung kling ke ?
    kite ni jiran sekampung kot .
    sy dok kampung kelongkong .

    ReplyDelete
  7. Balik hari aje ke.. x penat ke..
    nape x tdo melaka semalam dua ke.. baru puas habis berjalan..
    kalau dtg melaka nnt, singah ke homestay hamba.. hamba blh bagi harga terbaik..homestay hamba pn dekat aje dgn kawasan2 pelancongan melaka ni..

    http://anugerahhomestay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. jenjalan google tpt mkn best tersinggah sini.. ^_^

    ReplyDelete
  9. homstay sungai petani
    reenhomestay.blogspot.com
    admin jom tukar link tq

    ReplyDelete
Previous Post Next Post