(COVID19 INISIATIF) - Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari KWSP RM500/Bulan



Fasiliti Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP

A. Kemudahan pengeluaran i-Lestari:
  • a. Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
  • b. Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
  • c. Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
  • d. Untuk tempoh maksimum 12 bulan

B. Pendaftaran:
  • a. Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
  • b. Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian

C. Permohonan Pengeluaran
  • a. Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
  • b. Permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual

D. Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.

E. Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.



Kelonggaran untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 ahli akan memerlukan pindaan kepada Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6). 
Emel khas bagi i-Lestari juga telah disediakan iaitu ilestari@epf.gov.my untuk ahli menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan. Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my.

AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

9 Comments

  1. Ramai yang hentam kerajaan sebab bagi rakyat keluarkan amaun dalam Akaun 2 ni. Kalau rasa tak nak dan tak perlu, tak payah lah keluarkan duit KW$P tu..lagipun pengeluaran adalah dari Akaun 2, bukannya Akaun 1. Akaun 2 memang boleh dikeluarkan bila diperlukan, tak macam Akaun 1 yang lebih terhad pengeluarannya.

    Kalau bukan sebab Covid-19, masa-masa akan datang, kita akan perlukan juga duit dalam Akaun 2 tu untuk perumahan, pendidikan, perubatan etc. Tu lah, orang ajak buat investment ke Unit Trust, tak nak! Ehhhh 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha betul.. unit amanah yg selalu org terlepas pandang...

      Delete
    2. Maaf nk tya unit trust tue cthnya apa dia?

      Delete
    3. Unit trust tu medium kembangkan simpanan.. boleh menggunakan akaun 1 kwsp ataupun cash.. means medium kembangkan simpanan... contohnya RHB Asset Management

      Delete
  2. Semoga maklumat ni sampai pada orang yang memerlukan.. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian. Izinkan saya share link kepada teman teman yang lain ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana berguna .. kita kongsi bersama.. boleh Hanna

      Delete
  4. Salam, lama betul sis tak singgah sini.. Time PKP ni banyak laa habis masa depan laptop. Apa pun,terima kasih atas perkongsi yang ringkas dan padat ini.. happy blogging n stay safe!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post