Pelan Simpanan & Hibah i-Care Rahmat



Apabila bercakap tentang takaful keluarga, hibah, kad perubatan, perlindungan hospital, penyakit kritikal dan sebagainya, pasti ada satu pelan komprehensif yang disediakan oleh mana-mana pengendali takaful mahupun syarikat insurans.

i-Care Rahmat merupakan satu pelan simpanan takaful keluarga dengan berkait pelaburan. Pelan yang hebat ini bermula dengan RM60 sahaja sebulan untuk hibah minima RM10,000 yang memberikan anda perlindungan sehingga umur 80 tahun atau 100 tahun mengikut pilihan anda.

Pelan i-Care Rahmat ini memberikan perlindungan untuk kematian, hilang upaya disebabkan penyakit atau kemalangan sehingga berumur 65 tahun. Bermula dari umur 65 tahun sehingga umur 100 tahun, i-Care Rahmat memberikan perlindungan untuk kehilangan upaya disebabkan oleh sakit tua (Old Age Disablement). Satu-satunya pelan takaful yang memberikan perlindungan seumpamanya.

Sekiranya berlaku kematian, keluarga akan dibayar perlindungan pampasan dan juga jumlah simpanan terkumpul. Anda boleh memilih untuk menghibahkan jumlah ini atau untuk dibayar mengikut perkiraan faraid. Sekiranya anda memilih untuk memberikan hibah, anda boleh menghadiahkan bayaran ini kepada ahli keluarga yang anda sukai mahupun kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tidak waras, ahli keluarga bukan islam bagi muallaf dan ianya tidak boleh ditentang di mana-mana mahkamah.

Bayaran hibah ini juga adalah bebas dari pemiutang. Maksudnya, sekiranya anda mempunyai hutang dengan mana-mana institusi, mereka tidak berhak untuk mengambil jumlah wang yang anda hibahkan ini untuk melangsaikan hutang anda. Ianya hak mutlak untuk orang yang anda hibahkan tersebut.

Pelan ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja bermula dari umur 18 tahun sehingga umur 70 tahun. Pelan ini juga boleh diambil untuk pasangan atau anak dalam tanggungan berumur dari 30 hari sehingga 17 tahun.

Untuk memberikan perlindungan tambahan secara opsyenal, anda boleh memilih untuk menambahkan perlindungan tambahan atau rider seperti di bawah:

1.Living Care
Memberikan perlindungan sekiranya pembayar disahkan hilang upaya kekal, meninggal atau di diagnosis mana mana 36 penyakit kritikal. Sekiranya ini berlaku maka orang yang dilindungi tidak perlu lagi membuat caruman ke atas pelan i-Care Rahmat ini.

2. Perlindungan Pembayar
Memberikan perlindungan sekiranya pembayar disahkan hilang upaya kekal atau meninggal dunia. Sekiranya ini berlaku maka orang yang dilindungi tidak perlu lagi membuat caruman ke atas pelan i-Care Rahmat.

3. Top Up Care
Memberikan perlindungan untuk caruman pelaburan tambahan kepada orang yang dilindungi sekiranya pembayar meninggal dunia atau hilang upaya kekal. Jumlah simpanan tambahan ini akan diteruskan oleh pihak syarikat.

4. Penepisan Bayaran akibat Penyakit Kritikal.
Memberikan perlindungan kepada pemegang sijil sekiranya beliau didiagnosis 36 jenis penyakit kritikal, jadi pelan i-Care Rahmat miliknya tidak perlu lagi dicarum.

5. Perlindungan Penyakit Kritikal
Memberikan sejumlah pampasan dalam bentuk tunai sekiranya orang yang dilindungi menghidap mana-mana 36 penyakit kritikal.

6. Elaun Kemasukan Hospital
Rider ini memberikan bayaran tunai kepada orang yang dilindungi sekiranya beliau dimasukkan ke dalam wad. Minimum bayaran adalah RM50 – RM500 sehari.

7. Medi Auni
Kad perubatan lengkap untuk kemasukan hospital. Klik di sini untuk bacaan lanjut.

8. Kecacatan & Kematian Akibat Kemalangan
Ini merupakan perlindungan tambahan dalam bentuk tunai yang dibayar sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang sedia ada sekiranya orang yang dilindungi meninggal akibat kemalangan.

9. Tuntutan Perubatan Akibat Kemalangan
Rider ini memberikan bayaran tunai untuk membayar balik kos rawatan hospital akibat dari kemalangan. Sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai kad perubatan.

10. Bayaran Tunai Mingguan
Rider ini merupakan perlindungan yang memberikan bayaran tunai secara mingguan sekiranya orang yang dilindungi hilang upaya sementara disebabkan kemalangan.

Di bawah ini merupakan jadual anggaran caruman secara bulanan mengikut umur sekiranya anda ingin mencarum untuk hibah dan kad perubatan.

Klik untuk besarkan imej


Sekiranya anda berminat untuk mengambil hibah dan simpanan sahaja tanpa memerlukan kad perubatan, di sini pula saya sertakan jadual untuk hibah sebanyak RM100,000 dan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil.

Klik untuk besarkan imej


Semua pelan di atas mestilah dirujuk kepada risalah produk dan juga ilustrasi faedah pelan ini. 

Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan quotation atau sebut harga tersebut, boleh lah whatsapp saya di www.wasap.my/60183573501

AdyBudika Blog about lifestyle, food, travel and finance by Ady Budika. Any inquiries: mohd.soleh@yahoo.com

Post a Comment

Previous Post Next Post